Kehidupan peribadi Awal_Ashaari

Awal Ashaari dan isterinya, Scha Al-Yahya ketika majlis perkahwinan mereka.

Pada 4 Mei 2012, Awal berkahwin dengan pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya (Scha). Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya.[5] Ijabkabul dilakukan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus. Majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).[6][7]

Siaran langsung majlis perkahwinan menerusi saluran Astro Ria terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal (hujan ?). Raqim Ahmad Ramli menjelaskan bahawa masalah itu akan diperbaiki. Sebelum ini perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU berjalan lancar.[8] Pasangan ini mendapat cahayamata perempuan diberi nama Lara Alana, dilahirkan pada 22 Julai 2014.[9]

Kemalangan jalan raya 2015

Pada 29 Mac 2015, Awal bersama pengurusnya Izuan Mokhtar terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi. Kereta BMW 6 Series yang dinaiki mereka mengalami kerosakan teruk selepas terbabas di bahu jalan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh. Awal dikatakan dalam perjalanan ke Melaka untuk mengacarakan program Melodi secara langsung di Jom Heboh Melaka sebelum kemalangan itu berlaku. Beliau dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil, sementara Izuan tidak mengalami kecederaan dan diberi rawatan sebagai pesakit luar.[10] Tempat beliau sebagai pengacara digantikan oleh penerbit Melodi, Michelle Wee dan bekas juara Projek Metro, Liza Khairudin.[11]

Awal kemudiannya memuat naik status Instagram memberitahu tentang keadaannya kini dan berterima kasih kepada orang ramai yang membantu mengeluarkannya daripada kenderaan akibat kemalangan itu.[12][13] Dalam temuramah bersama pemberita dan wartawan, beliau berkata: "Semasa sampai di tempat kejadian, saya langsung tidak sedar apa yang berlaku dan mendapati kereta sudah terbabas hingga berada di bahagian kiri bahu jalan. Saya sedar ramai orang cuba membantu dan turut menghulurkan telefon bimbit yang tercampak semasa kemalangan. Saya kemudian terus menghubungi isteri, Scha Alyahya memaklumkan mengenai kejadian sebelum dikejarkan ke hospital,"[14][15][16][17] Awal turut mendedahkan beberapa barangan peribadinya hilang dicuri ketika kemalangan jalan raya itu berlaku, antara barangan yang hilang termasuklah kasut yang dipakainya ketika itu malah dalam masa yang sama dia juga tidak menyangka ada pihak tergamak berbuat demikian ketika orang sedang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.[18][19]

Beliau turut berkongsi gambar bersama anaknya, Lara Alana selepas kemalangan itu.[20]

Kes saman

Pada Mac 2019, Awal dan isteri, Scha telah menang satu kes saman menuntut ganti rugi sebanyak RM345,305 juta terhadap syarikat pengedar minyak wangi D'Haja (M) Sdn. Bhd. atas kehilangan hasil jualan produk minyak wangi keluaran mereka.[21]

Rujukan

WikiPedia: Awal_Ashaari http://www.mynewshub.cc/artis/awal-ashaari-selamat... http://www.asiaone.com/News/Latest+News/Showbiz/St... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/awal-asha... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.imdb.com/name/nm2715698/ http://malaysiandigest.com/hiburan/547633-awal-ash... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2...